Penggerak Generasi
Assalamualaikum!




Wanna Scream?





Advantage And Disadvantage of Internet

 Group     
~Rafidad Mohd Noor
~Amy Marsah Marudin
~Nur Shahezatti Ali Hassan
~Hasria Bahar
~Nor Afidah Kasim 

Class : DAT 1B


        
Advantages:
  •   Information on almost every subject imaginable.
  • Powerful search engines
  • Ability to do research from your home versus research libraries.
  • Information at various levels of study. Everything from scholarly articles to ones directed at children.
  •   Message boards where people can discuss ideas on any topic. Ability to get wide range of opinions. People can find others that have a similar interest in whatever they are interested in.
  •   The internet provides the ability of emails. Free mail service to anyone in the country.
  • Platform for products like SKYPE, which allow for holding a video conference with anyone in the world who also has access.
  • Friendships and love connections have been made over the internet by people involved in love/passion over similar interests.
  • Things such as Yahoo Answers and other sites where kids can have readily available help for homework.
  • News, of all kinds is available almost instantaneously. Commentary, on that news, from every conceivable viewpoint is also available. 
                                                                                                                                                            


 Disadvantages:
  • There is a lot of wrong information on the internet. Anyone can post anything, and much of it is garbage.
  • There are predators that hang out on the internet waiting to get unsuspecting people in dangerous situations.
  • Some people are getting addicted to the internet and thus causing problems with their interactions of friends and loved ones.
  • Pornography that can get in the hands of young children too easily.
  • Easy to waste a lot of time on the internet. You can start surfing, and then realize far more time has passed than you realized. Internet and television together of added to the more sedentary lifestyles of people which further exacerbates the obesity problem.
  • Internet has a lot of "cheater" sites. People can buy essays and pass them off as their own far more easily than they used to be able to do.
  • There are a lot of unscrupulous businesses that have sprung up on the internet to take advantage of people.
  • Hackers can create viruses that can get into your personal computer and ruin valuable data.
  • Hackers can use the internet for identity theft.
  • It can be quite depressing to be on the internet and realize just how uneducated so many people have become in today's society                                                                                                                       


0 Lovely babe!
Aku, kamu dan Kelantan

Masjid Kampung Laut, Nilam Puri Kelantan. Masjid bersejarah.

Assalamualaikum wbt. Hai. Ehem. Sedikit mahu berkongsi tentang pengalaman aku belajar di Kelantan selama 3 bulan lamanya. Lamakah? Heh. Tidak tahu kenapa aku tetiba ja mahu post pasal ni. Kemungkinan aku rindu kot. Menyampah. 

Sebelum aku belajar di Kelantan, memang aku merancang untuk masuk kolej Islam di mana-mana. So, aku dan dua orang gadis idaman melaya iaitu Ilamayrah dan Faezah pun mencarilah dan memohon kolej-kolej Islam yang sesuai dan berkualiti juga tidak terlalu mahal. KUIN, KUIS, Kolej As-Sofa, KUIM dan semualah kami bantai bah. Bila aku teringat, "eh? ada sorang akh nih study di kolej kelantan tapi tidak tahu mana kolej tu sebab pernah ternampak post di fb". Aku pun memberanikan diri untuk bertanya kepada 'akh' tu. Oh, nama kolejnya Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Haa, kami pun memohon juga kolej ini dan YES dapat. Alhamdulillah. Happy.


Gembira sebab aku memang mahu belajar di Kelantan, Bumi serambi mekah. Siapa tidak mahu? rugilah. Betul. Hmm.. Di pendekkan cerita, kami ( 3 orang ) pun bersama-sama flight ke Kelantan dengan membawa family masing-masing. Allah.. :') maaf ter-sebak sikit. 


perjalanan sebelum ke KK

Semasa di airport





Parents




Sampai saja di Bumi Kelantan. Woah, cantik, simple, damai, tenang, happy, bahagia. Memang best! *promote suruh datang kelantan* hehe. Tiadalah. okay, masa hari pendaftaran memang ramai sangat pelajar-pelajar yang datang. Mostly, budak-budak kelantanlah. Pelajar sabah boleh di kira guna jari lagi. Buat muka. 

Tapi its okay, sikit tu yang berkualiti bukan? Heh. Sampai ja di asrama Aisyah (sakan), sangat sederhana. Sangat. Hati mengeluh. Tapi cuba pujuk hati untuk terus bertahan. Okay aku masih bertahan. Senyum. Nangis.

Kampus KIAS ini sangat memberi 'tarbiyah' kepada aku. Sebab apa? asrama yang sangat sederhana. Sebilik mempunyai 6 orang roomates. (Alhamdulillah dapat roomates yang sangat happy-go-lucky) semua ore klate blako. Heh. Aku seorang yang jenis suka bersendirian kalau belajar ataupun sukakan suasana yang sunyi. Tapi aku cuba hadapi juga. Lepastu, bangun pagi kena awal jugalah sebab kena berbaris kalau lambat. Ketawa kecil. 

Selain daripada itu, uish macam karangan pula aku buat. Keh keh. Kampus KIAS juga, mengajar aku erti berdikari yang sebenar-benarnya! Yalah aku pernah tinggal asrama dulu dalam beberapa bulan. Tapi tupun asrama sekolah dekat je kot dengan rumah aku. 1 Kilometer ja. Alahai. Tapi kalau asrama sana memang berkilo-kilo jauhnya. Aku kena pandai berjimat. Aku kena pandai urus diri sendiri. Aku kena pandai jaga diri sendiri. Terkadang, niat pandai berubah. Niat belajar kerana apa? Allah. Tapi kenapa aku mengeluh dengan semua kehidupan aku di kelantan. Aku tak selesa belajar. Aku tak selesa begini begitu. Tutup mulut. Diam. 

Jangan salah faham. Masalah ini bukan melibatkan kenapa aku pindah balik ke Sabah. Senyum. Kenyit mata. Hihi. Aku mahu share lagi pengalaman aku di KIAS kelantan ni. Waktu bulan puasalah paling best! 1st puasa dapat bersahur dengan naqibah dari Kota Marudu ( melawat kelantan katanya ). Tapi malangnya, tiada terbeli kurma. Jadi, kami hanya makan berbekal kan milo 3in1, roti dan entah apa lagi tu. Satu lagi, asrama dengan kampus agak jauh tahu. Kena menyeberang jalan highway yang sangat menakutkan. Laju laju keretanya.

Sahur

Kadang-kadang kami minum air biasa ja sahur. Kebiasaan. Jadi jimat lah sikit duit kami sepanjang bulan ramadhan tu. Berkat di bulan suci bukan? Heh. Kalau buka puasa, kami selalu sama-sama. Eh, terlupa. Ya. Kami SELALU sama-sama. Sahur sama-sama. Berbuka sama-sama. Pergi mana-mana pun kena bagitahu. Pengalaman yang paling sweet aku rasa, kami rela sama-sama di basahi hujan walaupun ada payung. Biarlah adil katanya. Allah :')

Kalau jalan ke kuliah pun sama-sama. Sampai classmate pun boleh 'cam' sudah. "eh tiga orang budak sabah". Haa, kalau sorang tiada, mesti di tanya. " mana lagi sorang? " err. Terasa sangat ukhuwwah tu. Alhamdulillah. Faezah dan Ila selalu lepak bilik aku kalau time-time cuti minggu tu. Sebab semua roomate aku akan balik. Wajib balik. So aku sorang-sorang ja di bilik. Doranglah yang temankan aku.

Aku dan Ila selalu juga lepak kat bilik bacaan. Bilik atas ja. Kami selalu online di sana sebab line wifi dia kuat. Ceh. Faezah tidak berapa sangat suka naik atas bilik bacaan tu. Malas mahu naik atas. Konon bilangnya. Hoho. Bila kami ada masalah juga kami akan sharing bersama. Mungkin ada di antara kami tidak suka kawannya menyibuk masalah dia. Tapi kalau sudah namanya kawan, tak kan lah mahu biarkan dia sorang-sorang tanggung masalahnya kan? Nangis tiba tiba. 

Haaa, sometimes juga kami berjalan-jalan ke bandar sewa kereta dan membeli barang-barangan apa yang patut. fuhh, habis juga duitlah. Kadang, tinggal rm10 lagi di dompet. Terpaksa berjimat LEBIH lagi. Kalau makan pun sehari sekali ja kali. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Macam begitulah bah. hmmp

Ada lagi, paling best bila Ila dan Faezah buatkan surprise birthday aku. Terharu. Betul. Dan aku tak terfikir pun dorang akan sambut birthday aku. Serius. Dapat hadiah lagi tu dari dorang. Tepat jm12 malam. Aku time tu berada di bilik bacaan dengan ila. Lepas ja jm12 malam tu Faezah pun buka pintu sambil pegang kek dengan lilinnya sekali, oh sambil nyanyi lagi pula. Heh. Sangat comel. Rasa mahu nangis + terkejut pun ada. Sebab aku ada cakap kat dorang, "Kamu tau kah nda lama lagi birthday aku? jadi kita sambut birthday aku dimana?hmm". Faezah cakap " bah, tapi kau belanjalah! haha" "alaa, manalah aku ada duit.". Lepastu aku lupakan semua tu sebab takpayah kut sambut birthday aku. Sekali wah, dorang sengaja ni kan bikin romantik2 ni. Cair jugalah. Senyum.

*Gambar kek tu tak dop pulo*

Huhai, aku tak larat sudah mahu taip panjang lebar ni. Kiranya itu ja kot yang mahu di kongsikan. Kenapa aku pindah sabah? Orang fikir aku pindah sebab "tidak boleh berjauhan dengan keluarga". Emm, kasih Iya jalah. Bukan itu sahaja. Tapi ada lagi yang lain. Tak perlu tahu kut. Maaf. Hehe.

Di Kelantan macam-macam aku belajar, jadi seorang pelajar yang tahu jaga akhlaknya sebab belajar di sekolah agama, pandai berdikari, berjimat, ber-ukhuwwah dan paling penting niat. Allah bagi aku sedar bahawa aku belajar bukan sebab kampusnya begini begitu. Tapi kerana Dia. Aku sayang kelantan. Sayang Sahabats. Sayang KIAS. Terima Kasih atas segalanya. :*

Sebenarnya banyak sangat pengalaman yang mahu dikongsikan. Tapi... err..ok


 Kawan-kawan kelantan

 rindu anak kak Jannah, Ana.

 Kawan-kawan sabah


 Coklat yang aku suka sangat beli kat MYDIN kubang kerian


Miow kelaparan. Kasihan sangat


 Dapat juga bersua muka dengan penulis yang terhebat iaitu kak Fatimah Syarha

pantai malawi bachok kelantan?

Alhamdulillah. Moga Allah redha. Bye.






bye kelantan. Bertemu lagi nanti 3 tahun akan datang.

Sampai sabah, hujan-hujan
Dan aku pun sudah di Sabah selama 2 bulan. InshaAllah sambung ke Politeknik Kota Kinabalu. Doakan. Syukran ! :)


p/s : maaf. terikut-ikut penulisan inche gabbana. Heh.


3 Lovely babe!
oh sahabat



Biar sesakit mana hati dilukai,
Biar sebenci mana kebencian diberikan,


Biar sekuat mana tuduhan dilemparkan,
Biar sebanyak mana kata-kata dusta diberikan.

Hati ini tetap tegar berkata, niatku adalah kerana Allah semata-mata dalam memberikan tiap-tiap satu pekerjaanku dan matlamatku adalah untuk ke syurga bersama mereka.

Sahabat.





0 Lovely babe!
TERSENTAP!






Suatu hari seorang Alim ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seraya seorang lelaki menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengar sapaan lelaki itu, ia termenung dan air matanya pun bercucuran keluar.

Lelaki tadi terkejut dan berkata perlahan, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk membayar, masuklah.percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Orang tua itu pun lalu menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan krn aku tiada wang tetapi aku terfikir, "Jika tempat sejijik ini pun mesti bayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang mesti aku sediakan untuk masuk ke dalamnya? 

Copy dan Paste

0 Lovely babe!
SPM tamat, PLKN bermula.

Assalamualaikum, malam yang buat aku rasa sebak sikit. ehem ehem. tidak taulah kenapa. tapi entahlah malas mau cerita. Biar tuhan saja yang tahu :') mungkin sebab hari ini 12.12.2012 kali ah. ceh 
     Sejak lama berpisah dengan blog, agak rindu jugalah dan malas mau post apa-apa. Tapi fine, aku cuba try update lagi kalau ada masa tapi sebenarnya malas. hehe. Okay, alhamdulillah saya sudah jadi EX SPM 2012 dan sangat sangat happy gembira best semua dapat rasa. Macam fuhh, terasalah kebebasan perasaan tu. weeee !

Cerita pasal SPM, alhamdulillah masih boleh dijawab. Kira mau belajar masak, belajar ini belajar itu belajar macam-macam lagilah. Tapi tidak kesampaian sebab apa? okay aku tahu anda tahu, yeah sebab PLKN. Kalau anda tidak tahu PLKN tu apa, tidak tahulah mau cakap macam mana. pening pening. PLKN bikin kacau rancangan aku tapikan apapun kita rancang, rancangan Allah-lah yang terbaik. Dan disini aku ambil positifnya, aku tidak perlu mau marah-marah sebab aku tidak dapat apa yang aku mau lepas SPM. tapi yang penting Allah tahu apa yang aku perlu. So, be a positif thinking.

First time dapat tahu tempat di mana aku akan menjadi seorang budak PLKN yang baik, hmm muka aku memang terkejut sangat sangat sangat, dan tidak boleh di bilang sudah 'sangat' dia tu. Aku terjerit-jerit dalam rumah entah kenapa, terus abg, mama dan semua pun hairan daaaaaaan menanya, " kenapa kau ija?" aku jawab " AKU TERPILIH PLKN KUMPULAN 1 DAN DITEMPATKAN DI TUARAN, KG KAULAN. BULAN SATUUUUUU". betapa bercampur-campur perasaan time tu, tapi aku cuba sabar tahan tabah. :') okay-okay.

Yang peliknya kan, aku macam tidak percaya yang aku di tempatkan disana. Sebab apa? memang itu yang aku mau. Memang aku mau di tuaran. Tidak tau kenapa dan apa. Tapi aku memang mau dan terkabul. Dan aku pun memang mau terpilih kumpulan 1 (panggilan pertama) dan terkabul juga :') okay ini selepas aku tau yang aku terpilih PLKN lagi jadi aku berharap dapat panggilan pertama so ternyata ia benar. Alhamdulillah.

Tapi yang sedihnya pula, semua kawan-kawan yang terpilih PLKN semua kat Papar, Kampung Oval. Di situ aku sangat sedih dan sedihhhhh. :'( kenapa aku tiada sorang pun yang boleh tolong jaga aku di tuaran. Hmmm, tapi aku percaya yang Allah tidak akan membiarkan hambaNya tidak terjaga di sana. Aku kena kuat. Siapa bilang aku tidak boleh hah? *muka tembirang sikit*

Tidak apa, ini yang terbaik. Mungkin ada hikmah disebalik perancangan Allah nih kan? yeah. Hmm 3 bulan. terlalu lama dan aku tidak tahan. Apapun doakan aku ah, semoga dipermudahkan dan sihat2. InsyaAllah :') 
May Allah bless us ! <3 

ayat ini memujuk aku supaya redha yg aku masuk PLKN:

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)


aku akan merindui 5 cekal. Goodluck result!



0 Lovely babe!