Penggerak Generasi
Assalamualaikum!




Wanna Scream?





Aku, kamu dan Kelantan

Masjid Kampung Laut, Nilam Puri Kelantan. Masjid bersejarah.

Assalamualaikum wbt. Hai. Ehem. Sedikit mahu berkongsi tentang pengalaman aku belajar di Kelantan selama 3 bulan lamanya. Lamakah? Heh. Tidak tahu kenapa aku tetiba ja mahu post pasal ni. Kemungkinan aku rindu kot. Menyampah. 

Sebelum aku belajar di Kelantan, memang aku merancang untuk masuk kolej Islam di mana-mana. So, aku dan dua orang gadis idaman melaya iaitu Ilamayrah dan Faezah pun mencarilah dan memohon kolej-kolej Islam yang sesuai dan berkualiti juga tidak terlalu mahal. KUIN, KUIS, Kolej As-Sofa, KUIM dan semualah kami bantai bah. Bila aku teringat, "eh? ada sorang akh nih study di kolej kelantan tapi tidak tahu mana kolej tu sebab pernah ternampak post di fb". Aku pun memberanikan diri untuk bertanya kepada 'akh' tu. Oh, nama kolejnya Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Haa, kami pun memohon juga kolej ini dan YES dapat. Alhamdulillah. Happy.


Gembira sebab aku memang mahu belajar di Kelantan, Bumi serambi mekah. Siapa tidak mahu? rugilah. Betul. Hmm.. Di pendekkan cerita, kami ( 3 orang ) pun bersama-sama flight ke Kelantan dengan membawa family masing-masing. Allah.. :') maaf ter-sebak sikit. 


perjalanan sebelum ke KK

Semasa di airport





Parents




Sampai saja di Bumi Kelantan. Woah, cantik, simple, damai, tenang, happy, bahagia. Memang best! *promote suruh datang kelantan* hehe. Tiadalah. okay, masa hari pendaftaran memang ramai sangat pelajar-pelajar yang datang. Mostly, budak-budak kelantanlah. Pelajar sabah boleh di kira guna jari lagi. Buat muka. 

Tapi its okay, sikit tu yang berkualiti bukan? Heh. Sampai ja di asrama Aisyah (sakan), sangat sederhana. Sangat. Hati mengeluh. Tapi cuba pujuk hati untuk terus bertahan. Okay aku masih bertahan. Senyum. Nangis.

Kampus KIAS ini sangat memberi 'tarbiyah' kepada aku. Sebab apa? asrama yang sangat sederhana. Sebilik mempunyai 6 orang roomates. (Alhamdulillah dapat roomates yang sangat happy-go-lucky) semua ore klate blako. Heh. Aku seorang yang jenis suka bersendirian kalau belajar ataupun sukakan suasana yang sunyi. Tapi aku cuba hadapi juga. Lepastu, bangun pagi kena awal jugalah sebab kena berbaris kalau lambat. Ketawa kecil. 

Selain daripada itu, uish macam karangan pula aku buat. Keh keh. Kampus KIAS juga, mengajar aku erti berdikari yang sebenar-benarnya! Yalah aku pernah tinggal asrama dulu dalam beberapa bulan. Tapi tupun asrama sekolah dekat je kot dengan rumah aku. 1 Kilometer ja. Alahai. Tapi kalau asrama sana memang berkilo-kilo jauhnya. Aku kena pandai berjimat. Aku kena pandai urus diri sendiri. Aku kena pandai jaga diri sendiri. Terkadang, niat pandai berubah. Niat belajar kerana apa? Allah. Tapi kenapa aku mengeluh dengan semua kehidupan aku di kelantan. Aku tak selesa belajar. Aku tak selesa begini begitu. Tutup mulut. Diam. 

Jangan salah faham. Masalah ini bukan melibatkan kenapa aku pindah balik ke Sabah. Senyum. Kenyit mata. Hihi. Aku mahu share lagi pengalaman aku di KIAS kelantan ni. Waktu bulan puasalah paling best! 1st puasa dapat bersahur dengan naqibah dari Kota Marudu ( melawat kelantan katanya ). Tapi malangnya, tiada terbeli kurma. Jadi, kami hanya makan berbekal kan milo 3in1, roti dan entah apa lagi tu. Satu lagi, asrama dengan kampus agak jauh tahu. Kena menyeberang jalan highway yang sangat menakutkan. Laju laju keretanya.

Sahur

Kadang-kadang kami minum air biasa ja sahur. Kebiasaan. Jadi jimat lah sikit duit kami sepanjang bulan ramadhan tu. Berkat di bulan suci bukan? Heh. Kalau buka puasa, kami selalu sama-sama. Eh, terlupa. Ya. Kami SELALU sama-sama. Sahur sama-sama. Berbuka sama-sama. Pergi mana-mana pun kena bagitahu. Pengalaman yang paling sweet aku rasa, kami rela sama-sama di basahi hujan walaupun ada payung. Biarlah adil katanya. Allah :')

Kalau jalan ke kuliah pun sama-sama. Sampai classmate pun boleh 'cam' sudah. "eh tiga orang budak sabah". Haa, kalau sorang tiada, mesti di tanya. " mana lagi sorang? " err. Terasa sangat ukhuwwah tu. Alhamdulillah. Faezah dan Ila selalu lepak bilik aku kalau time-time cuti minggu tu. Sebab semua roomate aku akan balik. Wajib balik. So aku sorang-sorang ja di bilik. Doranglah yang temankan aku.

Aku dan Ila selalu juga lepak kat bilik bacaan. Bilik atas ja. Kami selalu online di sana sebab line wifi dia kuat. Ceh. Faezah tidak berapa sangat suka naik atas bilik bacaan tu. Malas mahu naik atas. Konon bilangnya. Hoho. Bila kami ada masalah juga kami akan sharing bersama. Mungkin ada di antara kami tidak suka kawannya menyibuk masalah dia. Tapi kalau sudah namanya kawan, tak kan lah mahu biarkan dia sorang-sorang tanggung masalahnya kan? Nangis tiba tiba. 

Haaa, sometimes juga kami berjalan-jalan ke bandar sewa kereta dan membeli barang-barangan apa yang patut. fuhh, habis juga duitlah. Kadang, tinggal rm10 lagi di dompet. Terpaksa berjimat LEBIH lagi. Kalau makan pun sehari sekali ja kali. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Macam begitulah bah. hmmp

Ada lagi, paling best bila Ila dan Faezah buatkan surprise birthday aku. Terharu. Betul. Dan aku tak terfikir pun dorang akan sambut birthday aku. Serius. Dapat hadiah lagi tu dari dorang. Tepat jm12 malam. Aku time tu berada di bilik bacaan dengan ila. Lepas ja jm12 malam tu Faezah pun buka pintu sambil pegang kek dengan lilinnya sekali, oh sambil nyanyi lagi pula. Heh. Sangat comel. Rasa mahu nangis + terkejut pun ada. Sebab aku ada cakap kat dorang, "Kamu tau kah nda lama lagi birthday aku? jadi kita sambut birthday aku dimana?hmm". Faezah cakap " bah, tapi kau belanjalah! haha" "alaa, manalah aku ada duit.". Lepastu aku lupakan semua tu sebab takpayah kut sambut birthday aku. Sekali wah, dorang sengaja ni kan bikin romantik2 ni. Cair jugalah. Senyum.

*Gambar kek tu tak dop pulo*

Huhai, aku tak larat sudah mahu taip panjang lebar ni. Kiranya itu ja kot yang mahu di kongsikan. Kenapa aku pindah sabah? Orang fikir aku pindah sebab "tidak boleh berjauhan dengan keluarga". Emm, kasih Iya jalah. Bukan itu sahaja. Tapi ada lagi yang lain. Tak perlu tahu kut. Maaf. Hehe.

Di Kelantan macam-macam aku belajar, jadi seorang pelajar yang tahu jaga akhlaknya sebab belajar di sekolah agama, pandai berdikari, berjimat, ber-ukhuwwah dan paling penting niat. Allah bagi aku sedar bahawa aku belajar bukan sebab kampusnya begini begitu. Tapi kerana Dia. Aku sayang kelantan. Sayang Sahabats. Sayang KIAS. Terima Kasih atas segalanya. :*

Sebenarnya banyak sangat pengalaman yang mahu dikongsikan. Tapi... err..ok


 Kawan-kawan kelantan

 rindu anak kak Jannah, Ana.

 Kawan-kawan sabah


 Coklat yang aku suka sangat beli kat MYDIN kubang kerian


Miow kelaparan. Kasihan sangat


 Dapat juga bersua muka dengan penulis yang terhebat iaitu kak Fatimah Syarha

pantai malawi bachok kelantan?

Alhamdulillah. Moga Allah redha. Bye.






bye kelantan. Bertemu lagi nanti 3 tahun akan datang.

Sampai sabah, hujan-hujan
Dan aku pun sudah di Sabah selama 2 bulan. InshaAllah sambung ke Politeknik Kota Kinabalu. Doakan. Syukran ! :)


p/s : maaf. terikut-ikut penulisan inche gabbana. Heh.


3 Lovely babe!